KUALA LUMPUR – Gerakan Mahasiswa Pulangkan Najib mengakui salah faham dalam penganjuran Dialog Pulangkan Najib di Melaka yang didakwa melibatkan Tun Abdul Hamid.
Lantaran itu, Gerakan Pulangkan Najib memohon maaf atas kesilapan komunikasi dan keralatan yang berlaku.
Jurucakapnya, Wan Muhd Zuhir berkata, walau bagaimanapun usaha memberi edukasi tentang ketidak adilan yang dihadapi Datuk Seri Najib Tun Razak akan terus digerakkan tanpa henti.
Menurut beliua, gerakan itu sangat berharap untuk bersama mendapatkan pandangan dan input daripada Abdul Hamid bagi siri yang akan datang.
Gerakan Pulangkan Najib merupakan gerakan yang digerakkan oleh sukarelawan daripada pelbagai latar belakang di setiap negeri yang menggerakkan cita-cita untuk memulangkan Datuk Seri Najib Razak ekoran daripada kebobrokan sistem keadilan negara yang perlu diperbaiki. – MalaysiaGazette
Mahasiswa otak selut semua ni. Tak reti nak pikiaqq