Beratus ribu peserta pro-Palestin berarak di London

LONDON – Perdana Menteri United Kingdom Rishi Sunak meneruskan sokongannya terhadap Israel dengan mengutuk lebih 300,000 peserta perhimpunan pro-Palestin di London pada Sabtu.

Dalam kenyataan, Rishi yang melabelkan para peserta himpunan yang menyanyikan lagu antisemantik dan memakai bajuĀ  tanda yang mempamerkan sokongan terhadap Hamas sebagai samseng.

Rishi yang sebelum ini menggesa agar perhimpunan itu tidak diadakan bagi menghormati Hari Armistice berkata, hari tersebut sepatutnya digunakan untuk bersatu sebagai sebuah negara dan mengingati mereka yang berjuang dan mati untuk kebebasan.

“Apa yang kita lihat hari ini tidak mempertahankan maruah angkatan tentera kita dan sama sekali tidak menghormati mereka.

“Itu benar untuk samseng EDL yang menyerang pegawai polis dan menceroboh Cenotaph, dan ia benar bagi mereka yang menyanyikan lagu antisemitik dan mengagungkan tanda dan pakaian pro-Hamas pada protes hari ini.

“Ketakutan yang dialami oleh komuniti Yahudi pada hujung minggu adalah menyedihkan,” katanya dalam kenyataan.

Rishi akan bertemu dengan Pesuruhjaya Polis Metropolitan Mark Rowley untuk mendapatkan jaminan dan bukti tindakan jenayah kebencian anti-Semitik terhadap para peserta.

Perhimpunan yang bersimpati terhadap masyarakat Palestin pada Sabtu adalah terbesar setakat ini dengan ratusan ribu orang berarak dari Marble Arch ke Kedutaan Amerika Syarikat di Nine Elms sejauh 5 kliometer.

Para peserta himpunan itu melaungkan ‘Free Palestine” dan “Rishi Sunak shame on you“.-Agensi