Tun Abdul Hamid Mohamad

KUALA LUMPUR – Tun Abdul Hamid Mohamad menafikan akan menghadiri Dialog Pulangkan Najib yang diadakan pada jam 8.30 malam ini di Dataran Bukit Tariq, Klebang Permai Melaka.

Bekas Ketua Hakim Negera berkata, poster iklan yang disiarkan oleh pihak-pihak tertentu itu adalah satu pembohongan yang tidak bertanggungjawab.

“Saya tidak tahu menahu mengenai dialog itu; saya tidak pernah bersetuju untuk hadir sebagai seorang speaker atau dalam apa kapasiti sekalipun,” tegas beliau.

Sehubungan itu, beliau menuntut pihah-pihak berkenaan menarik balik poster iklan itu dan meminta maaf kepadanya. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast