Nancy Shukri

KUCHING – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan mewajibkan operator Taman Asuhan Kanak-kanak (Taska) menghubungi ibu bapa sekiranya anak mereka tidak hadir bagi mengelakkan kes kematian kanak-kanak tertinggal di dalam kereta.

Menterinya Datuk Seri Nancy Shukri berkata, prosedur operasi standard (SOP) berkenaan perlu dikemas kini susulan beberapa kes yang berlaku sejak kebelakangan ini selepas penjaga terlupa menurunkan anak mereka di premis taska dan meninggalkan mereka di dalam kereta.

“Sekiranya ibu bapa tidak dapat dihubungi, perlu juga ada nombor telefon kecemasan bagi membolehkan taska menghubungi seperti ahli keluarga terdekat.

“Namun ada yang saya tak boleh lakukan sebab ia di bawah kementerian berbeza… contohnya orang kata melarang penggunaan cermin kereta gelap. Ia bukan di bawah bidang kuasa saya, jadi saya hanya boleh lakukan sesuatu yang di bawah bidang kuasa saya,” katanya kepada pemberita selepas majlis Malam Media Sarawak di sini semalam.

Setakat Oktober lepas sehingga kini, beliau berkata, sejumlah tiga kes kanak-kanak maut berikutan tertinggal di dalam kereta telah dilaporkan. – BERNAMA

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast