isu 3R kerajaan tebuk atap
Mohd Puad Zarkashi

KUALA LUMPUR – Pencalonan bekas Panglima Angkatan Tentera, Jeneral (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman memberi naratif positif kepada UMNO.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, menerusi langkah itu, UMNO dilihat amat serius untuk bangkit dan meningkatkan lagi semangat juang parti itu untuk menang.

“Bahkan UMNO juga dilihat komited melakukan perubahan besar kerana calonnya tidak semestinya ada jawatan dalam bahagian,” katanya dalam hantaran Facebook, hari ini.

Terdahulu, Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan Raja Mohamed Affandi sebagai calon langsung bagi PRK tersebut yang bakal diadakan pada pada 2 Disember ini.

PRK Parlimen Kemaman diadakan selepas Mahkamah Pilihan Raya Negeri Terengganu membatalkan kemenangan calon Pas, Che Alias Hamid pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast