KUALA LUMPUR – Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda Perak, Terengganu, Pahang, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Johor sehingga jam 2 petang ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia berkata, kawasan terlibat di Perak ialah Manjung, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim dan Kemaman, Terengganu.

Di Pahang, kawasan terlibat ialah Kuantan, Pekan dan Rompin dan Selangor termasuk di Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Hulu Langat dan Sepang.

Kuala Lumpur dan Putrajaya juga diramal alami ribut petir, hujan lebat dan angin kencang.

Manakala di Johor, kawasan terlibat termasuk Tangkak, Segamat, Muar, Mersing dan Kota Tinggi.

Menurutnya, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast