Pemilik premis yang menggunakan tulisan Bahasa Cina sepenuhnya pada papan tanda perniagaannya di Semabok, Melaka sehingga ianya tular semalam sudah diarah segera menurunkannya.

MELAKA – Pemilik premis yang menggunakan tulisan Bahasa Cina sepenuhnya pada papan tanda perniagaannya di Semabok sehingga ianya tular semalam sudah diarah segera menurunkannya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong, Datuk Mohd Noor Helmy Abd Halem berkata, tindakan telah diambil Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) yang mengesan dua kesalahan dilakukan perniagaan di Plaza Semabok itu.

“Kesalahan dilakukan adalah berniaga tanpa lesen dan MBMB telah mengeluarkan satu notis kompaun yang perlu diselesaikan dalam tempoh satu minggu

“Kedua adalah penggunaan iklan signboard yang tidak mematuhi syarat dan MBMB telah arahkan supaya ianya diturunkan serta-merta,” katanya ketika dihubungi MalaysiaGazette di sini hari ini.

Mohd Noor Helmy

Beliau yang juga Timbalan Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri berkata, pemilik premis berkenaan sepatutnya membuat permohonan iklan mengikut syarat yang ditetapkan.

“Syarat penggunaan bahasa di papan iklan ini dah lama ada dan tiada apa yang susahnya untuk ia dipatuhi tanpa perlu memberikan apa-apa sentimen.

“Undang-undang itu sudah jelas dan saya menyeru pihak berkuasa tempatan (PBT) supaya tidak membiarkan kesalahan ini menjadi kebiasaan sehingga undang-undang dijadikan penghinaan,” tegasnya.

PBT juga jelasnya perlu memastikan setiap notis yang dikeluarkan disusuli dengan tindakan tegas dan bukannya hanya mengejar wang kompaun semata-mata.

“Apa yang lebih penting adalah untuk memartabatkan Bahasa Kebangsaan dan kedaulatan undang-undang.

“Pihak mana yang terus ingkar, bawa sahaja ke mahkamah sebagai pengajaran,” katanya. – MalaysiaGazette

 

2 Komen

  1. Cina2 rasis ini kena ajar cukup2- jgn senang2 Tanah Melayu nak dirupakan sebagai negara Tiongkok ?

Comments are closed.