Gabungan Wanita Malaysia untuk Al-Quds dan Palestin (MWCQP) mengadakan bantahan aman di hadapan Kedutaan Mesir di Jalan Ampang, bagi mendesak negara itu memainkan peranan menghentikan pembunuhan beramai di Gaza selain membenarkan bantuan kemanusiaan memasuki wilayah berkenaan.