TEL AVIV – Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mendakwa tentera negara itu sedaya mungkin cuba mengurangkan orang awam menjadi korban dalam serangan ke atas Gaza.

Bagaimanapun menurut beliau, tentera Israel telah gagal berbuat demikian dalam serangan bertalu-lalu selama lebih 40 hari.

“Kami akan cuba menyelesaikan kerja itu dengan korban awam yang minimum, itulah yang kami cuba lakukan, korban awam yang minimum tetapi malangnya kami tidak berjaya,” katanya dalam temubual dengan CBS News.

Jumlah korban yang melibatkan orang awam Palestin kini mencecah 11,500 orang dengan lebih 4,000 adalah bayi dan kanak-kanak.

Dalam temuramah itu, Netanyahu berkata, pihaknya akan melakukan gencatan senjata ‘selama beberapa hari’ sekiranya Hamas memulangkan lebih 200 orang yang ditahan semasa serangan 7 Oktober lalu.

Perdana Menteri Israel itu bagaimanapun enggan menyatakan sama ada beliau bersetuju untuk melepaskan tahanan Palestin sebagai balasan kepada kebebasan tebusan Israel.

“Ada perkara tertentu yang kami rahsiakan sehingga kami mempunyai sesuatu untuk diberitahu,” katanya.

Dalam pada itu beliau menafikan kehadiran tentera zionis di Gaza pasca serangan adalah untuk terus menawan wilayah Palestin itu sebaliknya memberi alasan ia bagi menghalang kemuculan semula Hamas.- Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast