MUAR – Seramai 600 murid dari 20 Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di daerah Tangkak menerima kurniaan bantuan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Sultan Iskandar.
Sumbangan menerusi Yayasan Sultanah Fatimah (YSF) disampaikan Pengerusi YSF, Mejar Cina DatuK David Wong serta Ahli Lembaga Pengarah YSF, Datuk Ng Chong Boon hari ini
Dalam ucapannya, Chong Boon berkata, Baginda Tuanku Sultan Johor amat prihatin terhadap keperluan rakyat.
“Baginda selalu menghulurkan bantuan kepada golongan memerlukan menerusi Yayasan-Yayasan DiRaja termasuk YSF,” katanya menrusi perkongsian di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskadar hari ini.
Dlam pada itu, hadirin serta murid sekolah turut menyampaikan ucapan selamat ulang tahun Hari Keputeraan Sultan Johor yang bakal menjelang tiba 22 November ini.
Majlis diadakan di SJKC Pei Hwa dan kurniaan bantuan makanan turut diserahkan kepada guru besar sekolah-sekolah terbabit.-MalaysiaGazette