Azhar Rahman

KUALA LUMPUR – Kerajaan Perpaduan perlu membuka ruang kepada calon daripada kalangan orang muda untuk terajui Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM).

Ini boleh memberi satu nilai tambah kepada Kerajaan Perpaduan untuk mewajahkan kerajaan pada hari ini lebih segar dan mesra kepada orang muda.

Namun calon yang dikemukakan perlulah memenuhi kriteria yang diperlukan dan mampu menggalas tanggungjawab dengan sebaiknya, kata Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara Perak, Azhar Rahman.

Menurut beliau, jawatan ini perlukan seseorang yang berkeupayaan untuk menggerakkan jentera di peringkat komuniti supaya program dan gerak kerja di bawah memberi impak.

Selain itu, dengan perubahan dalam kaedah dan pendekatan komunikasi hari ini, seorang ketua yang kreatif dan energetik antara kriteria penting yang perlu diambil kira bagi mememuhi keperluan jawatan tersebut.

“Memandangkan perubahan besar dalam budaya komunikasi yang berlaku pada hari ini, calon yang mampu menangkap kehendak masyarakat dilihat ada pada orang muda,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Tambah beliau, jawatan Pengarah JKOM tidak perlu kepada mereka yang popular atau dari kalangan pempengaruh walaupun itu mungkin satu kelebihan.

Tetapi apa yang lebih penting adalah seorang yang ada iltizam dan mempunya daya usaha yang tinggi dalam meletakkan JKOM sebagai agen penerangan kerajaan berkesan di peringkat komuniti dengan idea-idea baru yang lebih segar. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast