Wanita yang dikenali Makcik Kemboja.

KUALA LUMPUR – Seorang wanita yang dikenali sebagai Makcik Kemboja membuat permohonan ampun dipercayai ditujukan kepada Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berhubung isu menghina Melayu.

Pemilik gedung tekstil menjalankan perniagaan jahitan pukal di Skudai, Johor, dikenali sebagai Madame Mariyah tampil memohon ampun menerusi satu video yang kini tular di media sosial.

Menerusi video berdurasi 51 saat itu, Madame Mariyah atau nama sebenarnya Maria Yaakob tampil membuat permohonan ampun susulan pengguna media sosial meminta tindakan diambil terhadap Mariyah yang telah menghina orang Melayu.

“Bismillahirarahmanirrahim. Ampun Tuanku, beribu-ribu ampun, sembah patik harap diampun. Patik Mariyah binti Yaakob daripada Mariyah Holding Sdn Bhd mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuanku.

“Patik bangga menjadi rakyat negeri Johor. Patik terlalu sedih. Terima kasih Tunku. Patik bangga menjadi rakyat negeri Johor.

“Patik bangga menjadi rakyat negeri Johor, dapat berniaga di negeri Johor. Patik nak bantu lebih ramai orang lagi Tunku. Terima kasih sangat-sangat,” katanya sebak. – MalaysiaGazette

6 Komen

  1. cara kau menengking pkrja ckup tiada budi pkerti.. nasib pkrja Kau tu bkn aku.. Aku ttap x boleh terima cra terguran kau mnjerit2 dgn kesalahn kcil.. klu kna pd aku mmg kau msuk bwah mesin sbb Aku jga ada Maruah diri.

  2. pendatang bila dapat kerakyatan macam ni lah jadi mana mana pun mula besar kepala dan mula menghina penduduk tempatan mereka ini sejenis manusia yang sombong xreti bersyukur kerana rakyat Malaysia terbuka dan menerima dengan baik walaupun berlainan bangsa, xsedar diri kalau di Kemboja boleh kah dia jadi kaya macam ni,ingat dia kaya bukan kerana rakyat Kemboja tapi kerana rakyat Malaysia orang melayu untuk semua yang datang ke Malaysia tanah Melayu bekerja atau berniaga boleh jadi kerana orang melayu y

  3. Senang lepas cakap pastu minta maaf…patut mulut mck tu kena setepek gn selipar bru sedar maruah org yg ko tempelak

  4. tanda² kejatuhan bermula bila riak dan takabbur ada dalam diri. Sedikit demi sedikit Allah tunjukkan dan sekali dgn medsos secara tak sengaja satu perkataan shj dh cukup utk meruntuhkan satu Holding.
    Berhati-hati lh kita semua bila Allah uji dgn kesenangan.

Comments are closed.