Leftenan Komander Mohd Haslam Hasan

JOHOR BAHRU – Kerjaya sebagai seorang Pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) tidak menghalang Leftenan Komander Mohd Haslam Hasan untuk menyambung dan  pengajian peringkat sarjana di Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Mohd Haslam merupakan salah seorang daripada 13 Pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang terpilih untuk melanjutkan pengajian dalam Program Sarjana Komputeran Inovatif (MIComp).

MIComp merupakan program khas pascasiswazah secara sepenuh masa hasil daripada jalinan kerjasama strategik akademik dan penyelidikan antara UTM, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan System Consultancy Services Sdn. Bhd. (SCS).

Kesungguhan beliau terserlah apabila berjaya menamatkan pengajian dengan keputusan yang cukup cemerlang dengan purata nilai gred kumulatif (PNGK) 4.00.

“Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada ATM kerana menanggung sepenuhnya pengajian ini dan juga TLDM kerana memberi peluang kepada saya untuk melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi.

“Insya-Allah, dengan ilmu dan kepakaran yang dipelajari di UTM ini, saya akan manfaatkan sepenuhnya di dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab saya yang kini merupakan Pegawai Bekalan, KD Terengganu,” katanya sambil menzahirkan rasa terima kasih kepada isterinya, Roshalizah Azmi.

Mohd Haslam berharap lebih ramai anggota ATM diberi peluang  menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi, seterusnya kepakaran yang diperoleh dapat diaplikasikan di dalam bidang pertahanan negara. – MalaysiaGazette