Netanyahu bermesyuarat dengan Kabinetnya.

TEL AVIV – Kerajaan Israel pimpinan Benjamin Netanyahu dilaporkan bersedia untuk meluluskan perjanjian tebusan dengan Hamas yang akan menyaksikan pembebasan sekurang-kurangnya 50 warganya.

The Times of Israel melaporkan, Netanyahu telah mengadakan beberapa siri mesyuarat Selasa lalu.

Pejabat Perdana Menteri Israel menyatakan Netanyahu akan mengumpulkan menteri “berdasarkan perkembangan mengenai isu pembebasan tebusan,” tanpa mengulas lanjut.

Menurut laporan itu, perjanjian tebusan itu berkemungkinan akan diluluskan oleh Kabinet penuh 38 anggota dengan majoriti besar dengan dua parti sayap kanan dilihat akan mengundi untuk menentang.

Sumber kerajaan Israel menjelaskan kepada pemberita petang Selasa bahawa perjanjian itu dijangka menyaksikan pembebasan 50 rakyat Israel kebanyakannya wanita dan kanak-kanak dalam kumpulan 12 hingga 13 orang setiap hari.

Sebagai pertukaran, Israel akan membebaskan wanita Palestin dan kanak-kanak bawah umur dari penjara dan mengembalikan mereka yang kebanyakannya dari Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur.

Israel juga akan menghentikan pertempuran selama empat hari dan membenarkan kemasukan lebih banyak bahan api ke Semenanjung.

Sumber itu berkata bahawa semua agensi keselamatan Israel – IDF, Shin Bet dan Mossad – memihak kepada perjanjian tersebut.

Sebaik sahaja Kabinet meluluskan perjanjian itu, ia dijangka berkuat kuasa hanya 24 jam kemudian untuk membenarkan rayuan ke Mahkamah Tinggi terhadap pembebasan tahanan Palestin, dengan gelombang pertama pembebasan tebusan dijangka hanya paling awal pada Khamis.

Pegawai itu berkata, Netanyahu telah menegaskan. elemen tertentu menjadi sebahagian daripada perjanjian itu termasuk potensi pembebasan berterusan tebusan walaupun selepas empat atau lima hari waktu bertenang.

Sumber itu menjelaskan Israel akan menghentikan perangnya terhadap Hamas di Gaza sebaik sahaja kumpulan pertama tebusan dibebaskan.

Bagaimanapun akan meneruskan kempen perang bertujuan untuk menghapuskan kapasiti ketenteraan dan tadbir urus Hamas di Gaza sebaik sahaja proses tebusan dikeluarkan telah selesai.-Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast