M Kulasegaran
M Kulasegaran

KUALA LUMPUR – Seorang ahli Parlimen kerajaan mempersoalkan akta untuk membolehkan pemberian geran khas kepada lebih 130,000 wanita kembali bekerja selepas bersalin sehingga kini masih belum dipinda.

M. Kulasegaran (PH-Ipoh Barat) berkata, Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) akan meminda aktanya yang diumumkan kerajaan dalam pembentangan Belanjawan 2024 bagi menggalakkan wanita kembali bekerja.

“Ini bagi membolehkan pemberian geran bersamaan 80 peratus daripada nilai gaji diinsurankan pekerja. Bagaimanapun, hingga sekarang sehingga Bajet 2024 dibentang geran dan manfaat bernilai RM290 juta setahun ini belum dilaksanakan.

“Kenapa ia lewat, jika boleh saya mahu pindaannya dibentangkan di sini (Parlimen) minggu depan,” katanya.

Beliau mengemukakan soalan tambahan itu ada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat di sini hari ini..

Menjawab soalan itu, Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Mustapha Sakmud berkata, pihaknya mengambil maklum mengenai kelewatan pindaan akta terbabit dan berusaha sehabis baik untuk mempercepatkannya.

“Kalau untuk minggu depan (bawa ke Parlimen), kita akan cuba. Kita ambil maklum, saya sendiri akan bincang dengan Menteri Sumber Manusia dan pihak pengurusan untuk menyelesaikan mengikut kemampuan,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast