Badan peguam Idrus shahrir samad
Shahrir Abdul Samad

KUALA LUMPUR – Veteran UMNO, Tan Sri Shahrir Abdul Samad mendakwa proses pendakwaan di negara ini memang sudah dirosakkan semasa bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas berkuasa.

Bekas Ahli Parlimen Johor Bahru itu memberitahu, beliau didakwa di mahkamah walaupun kes boleh diselesaikan melalui rundingan dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

“Tapi kalau dibicarakan, lebih menekan dan dimalukan. Akhirnya kes digugurkan kerana siasatan tidak lengkap apatah lagi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak ada kepakaran percukaian,” katanya dalam hantaran Facebook hari ini.

Beliau dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini pada 5 Januari lalu atas pertuduhan gagal mengisytiharkan RM1 juta yang diterima daripada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kepada LHDN.

Shahrir turut menyifatkan kes SRC International melibatkan dana RM27 juta yang dihadapi Najib sebagai lebih ‘kelakar’.

Menurut beliau, kes yang tertangguh selama lima tahun itu mempunyai ‘cerita’ yang sama seperti kes SRC International melibatkan dana RM42 juta yang disabitkan terhadap Najib sebelum ini.

“Kerajaan Perpaduan tidak pula berani salahkan Tun Mahathir dan Tommy semacam dalam soal enakmen jenayah syariah Kelantan berperlembagaan atau tidak?

“Kena marah pula kerajaan sebelum?” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast