ISKANDAR PUTERI – Kerajaan Johor memperuntukkan bantuan khas kewangan sebanyak dua bulan gaji kepada kira-kira 13,400 penjawat awam negeri itu.
Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, bantuan itu juga diberikan kepada kakitangan Kerajaan Persekutuan yang dibayar gaji oleh kerajaan negeri.
“Pemberian itu diberikan berdasarkan pencapaian sebenar dan sebagai penghargaan serta terima kasih.
“Semoga bantuan ini menjadi pembakar semangat dan pemangkin motivasi agar penjawat-penjawat awam terus berkhidmat dan berbakti dengan cemerlang serta sentiasa memberikan yang terbaik kepada Bangsa Johor,” katanya.
Pada tahun lalu, kerajaan Johor mengumumkan bantuan khas kewangan sebulan gaji atau minimum RM1,000 kepada penjawat awam dan penjawat awam Persekutuan. – MalaysiaGazette