beras SST nikotin rumah terbuka madani LGBTQ nik elin zurina
Ahmad Yahaya

KUALA LUMPUR – Dewan Ulama Pas menggesa kerajaan membatalkan penganjuran program ratu cantik Miss World Noble Queen International 2023 yang dijadualkan berlangsung di sini pada Disember ini.

Ketuanya, Datuk Ahmad Yahaya berkata, penganjuran program yang turut melibatkan Tourism Malaysia itu tidak sepatutnya dibenarkan langsung untuk dilaksanakan di dalam negara ini.

Menurut beliau, Dewan Ulama Pas berpandangan, program sedemikian bukan sahaja memberikan imej buruk kepada negara, malah sangat tidak bertepatan dalam suasana kesengsaraan yang menimpa rakyat Palestin.

“Dewan Ulama Pas sependapat dengan beberapa mufti yang memberikan pandangan bahawa sebarang program hiburan yang melalaikan termasuklah konsert Coldplay tidak patut dibenarkan dalam negara.

“Apakah kita masih lagi tidak mahu mengambil pengajaran terhadap bala bencana yang pernah menimpa negara sebagai suatu teguran daripada Allah SWT?” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Ahmad memberitahu, selain membatalkan program tersebut, kerajaan juga perlu mengeluarkan pekeliling untuk memastikan tiada lagi program sedemikian boleh dibenarkan untuk dilangsungkan di dalam negara. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast