Puad Zarkashi

ISKANDAR PUTERI – Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor hari ini merafak sembah ucapan tahniah kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 pada Januari depan..

Speaker DUN Johor, Datuk Mohd Puad Zarkashi menzahirkan ucapan itu sebelum pembentangan Belanjawan Johor 2024 oleh Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar.

“DUN Johor ingin merafak sembah ucapan tahniah kepada Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 pada Januari depan.

“Sebagai tunjang dan payung negeri ini, kami amat yakin dengan pengalaman dan pemerintahan Sultan Ibrahim nanti akan membawa Malaysia menjadi sebuah negara lebih maju dengan rakyat bersatu padu.

DUN Johor zahir ucapan tahniah sempena pemilihan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 pada Januari depan.

“DUN Johor juga ingin merafak sembah ucapan Selamat Hari Keputeraan baginda Sultan Ibrahim pada 22 November. Semoga baginda Tuanku terpelihara kesihatan dan Allah lanjutkan usia Tuanku,” katanya.

Pada 27 Oktober lalu, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad dalam kenyataan berkata, pelantikan itu adalah selama lima tahun itu berkuatkuasa 31 Januari 2024.

Pelantikan itu bagi menggantikan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang bakal menamatkan pemerintahannya berkuat kuasa 30 Januari 2024. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast