Onn Hafiz mengumumkan Belanjawan Johor 2024 merupakan belanjawan lebihan atau surplus sebanyak RM4.21 juta pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, hari ini.

ISKANDAR PUTERI – Kerajaan Johor hari ini membentangkan Belanjawan Johor 2024 yang merupakan belanjawan lebihan sebanyak RM4.21 juta.

Bertemakan ‘Memacu Pembangunan Menyejahterakan Rakyat’ ia merupakan belanjawan lebihan bagi tahun kedua berturut-turut.

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, kerajaan negeri mensasarkan unjuran hasil negeri berjumlah RM1.804 bilion tahun depan, manakala unjuran perbelanjaan pula dianggarkan sebanyak RM1.799 bilion.

“Sejumlah RM1.163 bilion pula diperuntukkan sebagai belanja mengurus,” katanya ketika berucap semasa membentangkan Belanjawan Johor 2024 pada Persidangan dewan Undangan Negeri Johor, di sini, hari ini.

Katanya , belanjawan negeri bagi tahun 2024 dipacu bersandarkan kepada enam teras utama inisiatif Maju Johor yang didokong 29 strategi dan disokong 99 inisiatif.

“Semua inisiatif yang dilaksanakan ini telah dirancang dengan teliti kerana ia berkait rapat dengan perancangan masa depan negeri ini untuk kemakmuran penduduknya.

“Sesungguhnya, menggubal sebuah belanjawan yang komprehensif, bukanlah satu perkara yang mudah. Namun ia sentiasa menjadi keutamaan saya dan pasukan dalam merangka belanjawan ini.,” ujarnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast