Fattah Amin dipilih menjadi duta baju Melayu jenama Eastana Exclusive untuk Raya Aidilfitri 2024.

KUALA LUMPUR – Pelakon, Fattah Amin menyifatkan tindakan isterinya yang juga pelalon Nur Fazira meminta keizinannya adalah perkara normal kerana ia dituntut dalam Islam.

Malah Fattah, 33, mengakui dia memang mengambil tahu aktiviti isteri dan tidak hanya dengan siapa isterinya berkawan.

“Bagi saya adalah sangat normal bagi suami isteri memberi nasihat antara satu sama lain dan isteri kena minta izin suami dalam segala hal. Keizinan suami itu satu keberkatan untuk isteri. Jangan kata kawan, dalam apa jua keadaan pun adalah sangat normal di sisi Islam, seorang isteri minta izin dan reda suami.

“Bila sudah berkahwin perkara pertama yang perlu dijaga ialah hati pasangan dan keluarga kita. Ia berbeza waktu sebelum berkahwin. Saya akan meminta pandangan isteri dalam apa jua yang dilakukan termasuk perihal memilih naskah drama,” katanya.

Sebelum, Fazura, 40, menjawab dakwaan ‘perang dingin’ antaranya dengan Neelofa dan memberitahu dia lebih mengutamakan keizinan suami dalam memilih kawan.

Beliau berkata demikian kepada media sewaktu Pelancaran Koleksi Baju Melayu jenama Eastana Exclusive untuk Raya Aidilfitri 2024.

Sementara itu, Fattah menegaskan, perkara itu tidak sepatutnya dijadikan isu memohon keizinan suami adakah mengikut undang-undang agama Islam.

“Kita sebagai orang Islam pasti faham akan perkara ini dan janganlah menjadikan ia isu negatif. Jika benar saya kongkong Faz, rasanya dia tak boleh berlakon sekarang.

“Memang saya ambil tahu dengan siapa dia berkawan dan begitu juga dengan Faz. Perkara itu sangat normal dalam hubungan suami isteri,” ulasnya lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette 2
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast