KOTA GAZA – Tentera Israel menyasarkan penjana kuasa di Hospital Indonesia di utara Semenanjung Gaza lewat Khamis, kata Kementerian Kesihatan.
“Hospital itu terkena tembakan berat yang menyasarkan penjana kuasa dan sebahagian besar bangunan.
“Nyawa 200 pesakit dan kakitangan perubatan berisiko di tengah-tengah serangan itu,” menurut jurucakap kementerian, Ashraf al-Qudra dalam satu kenyataan ringkas.
Setakat ini belum ada sebarang kenyataan daripada tentera Israel mengenai laporan itu.
Serangan itu berlaku beberapa jam sebelum gencaatan senjata dijangka bermula antara Israel dan Hamas di Semenanjung Gaza pada 7 pagi waktu tempatan (0500GMT) pada hari Jumaat.
Israel melancarkan serangan udara dan darat tanpa henti ke atas Semenanjung Gaza berikutan serangan Hamas pada 7 Oktober, membunuh lebih 14,854 rakyat Palestin, termasuk 6,150 kanak-kanak dan lebih 4,000 wanita, menurut pihak berkuasa kesihatan di kawasan itu.- Agensi