Foto Facebook Seri Penanti Volleyball Club.

KUALA LUMPUR – Sebuah kelab bola tampar bertapak di Pulau Pinang mendakwa menjadi mangsa pilih kasih dalam kalangan pihak tertentu.

Seri Penanti Volleyball Club (SPVC) dalam satu hantaran di Facebook meluahkan rasa kecewa mereka atas sikap sebahagian pihak yang hanya mementingkan kenalan tersendiri.

Luahan tersebut dibuat selepas pasukan bola tampar wanita bawah 16 tahun (B-16) Pulau Pinang dikalahkan Selangor dengan keputusan 4-25 dalam sebuah kejohanan yang diadakan di Sibu, Sarawak.

Keadaan berkenaan didakwa berpunca daripada campur tangan pihak tidak diketahui dalam proses pemilihan pemain sehingga menyebabkan mereka mengalami kekalahan memalukan itu.

“Dimana LiaanPL? Di mana SiwFu? Org kuat PVA. Dgn adanya 2 org kuat PVA ini, Penang xperlu pembangunan VB sudah. Johan dan Naib johan x pergi lwn. Yg pergi semua sekolah shbt2 mereka. Senarai nama panel dan coach pun tak dinyatakan.
“Panel yg pilih player pun xdak team yg dilatih. Team johan brapa ramai dibuang, team naib johan sorang pun xdipilih. Yg dibawa itu team ketiga keempat dan player peringkat mn pon xtau. Team yg dibawa itu kat penang nak dpt 10 point pn susah.
“Bola Tampar Penang berkubur selamanya dgn situasi mcm ni. Tahniah org kuat PVA yg dendam Penanti sejak dulu lg. Sampai curi² ubah jadual perlawanan utk layak ke Peringkat negeri. Sendiri ref sendiri ubah jadual sbb nk menang. Last² hasilnya kena pada team Penang.
“Persatuan kata xsuka viral² dlm FB, tp dlm wasap pembangunan langsung xjwb soalan berbangkit. Hingga kalah 4-25 pd Selangor, masih tak tau sapa yg pilih sapa yg bawa dan player mana yg pergi,” tulis persatuan itu. – MalaysiaGazette