fahmi fadzil
Fahmi Fadzil

PUTRAJAYA – Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang didakwa memfitnah dirinya berhubung penganjuran konsert Coldplay di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Ketua Penerangan PKR itu berkata, tindakan itu berikutan penularan infografik yang mengaitkan dirinya dengan ucapan ‘Alhamdulillah, konsert Coldplay berjalan dengan baik’.

Menurut beliau, ucapan dalam infografik tersebut berunsur pembohongan dan tersasar daripada konteks sebenar jawapannya kepada media.

“Tuduhan ini bersifat fitnah malah berniat jahat,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Kongres Nasional PKR 2023 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, hari ini.

Fahmi menambah, peguamnya telah diminta untuk meneliti infografik tersebut sebelum tindakan undang-undang diambil terhadap pihak berkenaan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast