KUALA LUMPUR – Pelakon jelita Uqasha Senrose menjelaskan foto yang dimuat naik bersama pendakwah popular Ustaz Azhar Idrus yang ditegur kerana jarak mereka yang dikatakan terlalu rapat.
Kata Uqasha, sudut gambar yang dirakamkan pada momen terbabit sebenarnya secara tidak langsung menampakkan kedudukan mereka seperti yang didakwa netizen.
“Orang kanan kiri tolak-tolak, jadilah tak balance kami berdua. Tak perlu mulut memandai kalau tak ada dekat tempat tu. Angle dan sisi awak tengok tu, nampak macam tu. Saya tahu batas saya ya,” tulis di media sosialnya.
Uqasha turut memuat naik hantaran lain daripada sudut berbeza yang menampakkan perbezaan jarak antaranya dan Ustaz Azhar.
“Ini dari sisi lain. Tak nak orang fitnah cakap saya nak rapat tak tentu pasal. Haih macamlah manusia ni,” tulisnya.
Selain Uqasha, suaminya Kamal Adli turut tampil mengulas situasi berkenaan.
“Sabar yang lain.. kalau rapat sangat, saya yang tegur siap-siap dah.. itu camera angle saja.
“Jangan mudah nak menaip tu ya.. kalau rapat sangat pun lari dah ustaz tu. Sudahlah, cukuplah korang. Apa pun, ustaz terbaik. Insya-Allah,” tulis Kamal. – MalaysiaGazette