Poster amaran air pasang besar yang dimuat naik di laman Facebook Pejabat Daerah dan Tanah Klang

KUALA LUMPUR – Orang ramai awam khususnya penduduk di daerah Klang dinasihat supaya sentiasa berwaspada susulan fenomena air pasang besar yang diramal bermula dari 25 November sehingga 1 Disember ini.

Pejabat Daerah dan Tanah Klang memaklumkan, bacaan paras air laut di daerah itu dijangka meningkat setinggi 5.2 meter hari ini dan 5.1 meter esok yang mungkin membawa kepada risiko banjir.

Berdasarkan info grafik yang dikongsi menerusi Facebook, bacaan paras air laut dijangka setinggi 5.1 meter bermula jam 6.09 pagi esok.

Pada 29 November lalu, bacaan paras air laut adalah 5 meter pukul 6.45 pagi manakala, pada 30 November, paras air laut dijangka setinggi 4.8 meter pukul 7.17 pagi, dan 1 Disember setinggi 4.6 meter pukul 7.47 pagi.

“Fenomena air pasang besar dijangka berlaku di stesen Pelabuhan Klang dari 25 November sehingga 1 Disember ini.

“Sehubungan itu, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Klang (JPBD) mengingatkan semua warga Klang untuk sentiasa peka dan cakna dengan keadaan semasa,” katanya.

Orang ramai turut dinasihatkan sentiasa mendapatkan maklumat terkini keadaan cuaca dan arahan lanjut pihak agensi kerajaan bertanggungjawab. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast