KUALA LUMPUR – Penyanyi kelahiran Singapura, Aliff Aziz gagal lolos ke saingan separuh akhir All Stars Gegar Vaganza apabila terkandas di minggu ke-10 malam tadi.

Mempersembahkan lagu Cindai & Gambus Jodoh, ternyata Aliff gagal memikat hati ketiga-tiga hati juri sehingga mendapat markah terendah.

Datuk Ramli MS menerusi komennya mengenai persembahan Aliff menyatakan penyanyi itu melakukan terlalu banyak kesalahan ketika membuat persembahan.

Sementara itu, Naqiu yang menyanyikan lagu Bol Radha Bol & Ala Emak Kahwinkan Aku pula berada di tangga teratas.

Kedudukan di tempat kedua pula menjadi milik Hady Mirza menerusi lagu Orak Arek & Mak Siti, manakala Jaclyn yang mempersembakan lagu Conga & The Ketchup Song berada di tangga ketiga.

Sebelum ini, Suki Low, Cliff Umar, Datuk Aishah, Ayai Illusi, Zamani, Ezad Lazim dan Noryn Aziz merupakan peserta yang sudah meninggalkan GV10.

Rancangan popular itu menyaksikan kesemua bintang diadili oleh juri profesional iaitu Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Syafinaz. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast