Ahed Tamimi

TEL AVIV – Aktivis Palestin terkemuka Ahed Tamimi yang ditahan oleh Israel tiga minggu lalu dikatakan berada dalam senarai 50 tahanan wanita Palestin yang diluluskan untuk dibebaskan.

Menurut media Israel, pembebasan Ahed Yamimi dan 49 tahanan wanita lain sebagai pertukaran bagi pembebasan 50 tebusan Israel yang ditahan oleh Hamas.

Tamimi ditahan oleh tentera Zionis tiga minggu lalu selepas menyiarkan di media sosial bahawa rakyat Palestin akan “menyembelih” peneroka haram Israel dan “meminum darah anda.”

“Mesej kami kepada kumpulan peneroka ialah kami menunggu anda di semua bandar Tebing Barat, dari Hebron ke Jenin,” tulis Tamimi.

“Kami akan menyembelih anda dan anda akan mengatakan bahawa apa yang Hitler lakukan kepada anda adalah gurauan, kami akan meminum darahmu dan memakan tengkorakmu. Jom, kami tunggu awak.”

Tamimi menjadi ikon perjuangan Palestin selepas dia dipenjarakan ketika remaja atas kesalahan melempar batu ke arah askar Israel.

Beliau melakukan tindakan itu selepas tentera Israel menembak kepala sepupunya dengan peluru getah hingga meninggal.

Dia menjalani hukuman lapan bulan di penjara Israel dan selepas dibebaskan dia melakukan lawatan kemenangan merentasi Eropah dan Timur Tengah.

Sejak Jumaat, Hamas dan Israel melakukan gencatan senjata bagi membolehkan 50 tebusan Israel dibebaskan secara berperingkat.

Gencatan senjata itu, yang akan tamat esok, kini akan dilanjutkan selama dua hari, Qatar dan AS mengesahkan lebih awal, dan akan menyaksikan pembebasan kira-kira 10 lagi tebusan Israel setiap hari gencatan senjata tambahan.