Datuk Seri R Jeyendran

KUALA LUMPUR – Syarikat perkapalan laut terkenal, Maritime Network Sdn Bhd yang diterajui oleh Datuk Seri R Jeyenderen genap menyambut ulang tahun yang ke-20 tahun ini.

Maritime Network yang sudah bertapak lebih dua dekad ini kini sudah berada di lima buah negara selain mempunyai ratusan klient seluruh dunia ketika ini.

Pengasas dan juga Ketua Pegawai Eksekutifnya, Jeyenderan yang terkenal dengan kerja-kerja kemasyarakatan ketika pandemik Covid-19 melanda amat berharap industri perkapalan berkembang hebat memandangkan kedudukan Malaysia sebagai negara maritim yang strategik.

Kata Jeyenderan, selepas hampir tiga tahun negara dilanda pandemik Covid-19, industri perkapalan tetap beroperasi dengan kelangsungan aktiviti import, eksport dan pembekalan keperluan bahan mentah dengan lebih 80 peratus perdagangan dunia melalui perairan.

Malah ketika ini Malaysia menjadikan Laut China Selatan dan Selat Melaka sebagai koridor maritim utama serta zon ekonomi eksklusif.

“Saya cukup teruja dan bangga dengan pencapaian Maritime Network yang telah sampai ke tahap ini, nama kita gah sehingga pelusuk dunia, ini kerana komitmen yang ditunjukkan oleh saya seorang sebaliknya keseluruhan kru Maritime Network.

“Baru-baru ini kita telah adakan ‘family day’ bersama keseluruhan warga Maritime Network sempena kita çapai angka dua dekad ini.

“Sebenarnya ramai yang bersama saya sehingga ke hari ini, syarikat juga telah adakan majlis ulang tahun di Singapura bagi meraikan semua pelanggan seluruh dunia. Lebih 200 hadir bagi memberikan kita motivasi dan komitmen.

“Pada saya, semua ini penting. Ini bukan sahaja rezeki dan periuk nasi kita sebaliknya juga sempena ulang tahun ini juga, saya amat berharap andaiya dapat melahirkan harapan supaya lebih banyak polisi berkaitan operasi perkapalan diperbaiki. Kita mampu mencipta sejarah luar biasa sebagai ekonomi maritime,” katanya kepada MalaysiaGazette.

Ketua Pegawai Eksekutif Maritime Network, Datuk Seri R Jeyendran

Kata Jeyenderan, baru-baru ini beliau ada melahirkan rasa kecewanya dengan polisi serta perkara-perkara berkaitan industri ini secara terbuka memandangkan kerajaan ini sedang diterajui oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang begitu komited dalam membawa kestabilan ekonomi dalam lima tahun akan datang.

“Kerana ini itu juga kerajaan perlu fokus dengan pelbagai isu yang sedang melanda. Kita ada Menteri Pengangkutan, Anthony Loke yang sentiasa tegas dengan tanggungjawab ini.

“Ingat ya, industri yang mampu dan sebenarnya merancakkan ekonomi namun kadangkala ia terkebelakang apabila kita dikenakan dengan pelbagai syarat ketat yang bukanlah win-win sebaliknya lebih menyusahkan.

“Ada masanya SOP juga bertukar dan kita sendiri tidak pasti. Saya sentiasa mengamalkan dasar kerja yang ke hadapan, saya sentiasa rajin berhubung dengan pihak berwajib dan juga bersuara andai ada yang tidak betul. Jika ada yang harap ini menyusahkan, saya tidak boleh buat apa kerana saya sayang industri ini.

“Ini juga membantutkan industri kita daripada terus ke hadapan. Pengalaman saya membabitkan perniagaan operasi kontena dan perkapalan selama lebih 28 tahun ini banyak cabarannya,” ujarnya. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast