Mohamad Fazli

JOHOR BAHRU – Kerja-kerja bagi projek pembinaan Sistem Transit Rapid (RTS) Link yang menghubungkan Johor Bahru ke Singapura telah mencapai tahap 55 peratus setakat ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur negeri, Mohamad Fazli Mohamad Salleh, projek itu diyakini dapat disiapkan menjelang 2026.

Menurut beliau bagi projek untuk pembinaan struktur rel, viaduct dan sebagainya telah mencapai tahap 55 peratus sehingga kini.

Sementara untuk pembinaan Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) telah mencapai tahap sembilan peratus.

“Projek yang kita tumpu ialah sekarang adalah bahagian struktur rel kerana ia melibatkan sambungan dengan pihak pembinaan yang dilakukan pihak kerajaan Singapura.

“Walaupun pembinaan CIQ baru mencapai sembilan peratus, ia masih mengikut jadual, saya kira pembinaan di Singapura juga berjalan lancar,” katanya kepada media selepas Majlis Perasmian dan Penyerahan Projek Jambatan Sungai Masai di Jalan Masai Lama, di sini hari ini.-MalaysiaGazette