anwar ibrahim affandi
Anwar Ibrahim (kanan) bersama Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor pada program Ceramah Mega Perpaduan Madani di Kemaman, Terengganu malam tadi.

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman, Jeneral (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor sebagai bukan calon biasa.

Menurut beliau, Raja Mohamed Affandi pernah menabur jasa serta bakti kepada negara.

“Hatta, beliau dilihat mampu memainkan watak penting dalam mengukuhkan hubungan antara kerajaan negeri dan persekutuan khasnya jika dipilih sebagai wakil rakyat kelak,” katanya dalam hantaran Facebook, hari ini.

Anwar mengulas mengenai ucapannya pada Ceramah Mega Perpaduan Madani di Kemaman, Terengganu malam tadi.

Beliau turut menitipkan komitmen kerajaan dalam membasmi kemiskinan dan terus mengemudi kepimpinan negara berlandaskan tata kelola yang betul.

“Selain melawan kebobrokan nilai dan kebejatan rasuah sehingga ke tahap maksimum,” jelasnya.

PRK Parlimen Kemaman Sabtu ini akan menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara Raja Mohamed Affandi dan calon Pas yang juga Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast