Beberapa kawasan mula terjejas dinaiki air sejak jam 1.30 pagi tadi ekoran hujan lebat.

JOHOR BAHRU- Hujan lebat tidak henti sejak malam tadi menyebabkan beberapa kawasan negeri ini dilanda banjir kilat pada awal pagi tadi.

Bagaimanapun keadaan masih terkawal, kata Angkatan Pertahanan Awam (APM).

Kawasan terlibat ialah Kampung Nusa Damai dan Jalan Masai Lama, Pasir Gudang serta Kampung Paya Kenangan.

Katanya, kejadian berlaku mulai kira-kira jam 1.30 pagi tadi selepas hujan lebat melebihi dua jam.

“Sepasukan anggota dari APM Daerah Johor Bahru bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan telefon daripada orang awam.

“Tiada sebarang kemalangan jiwa dan kehilangan harta benda dilaporkan buat masa ini dan pemantauan dari semasa ke semasa terus dijalankan oleh APM,” katanya.

Dalam pada itu, APM turut memberitahu pusat pemindahan sementara (PPS) juga dibuka bagi menempatkan mangsa banjir di beberapa lokasi.

Dalam pada itu, pihak berkuasa turut mengingatkan orang ramai supaya mematuhi arahan bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.- MalaysiaGazette

 

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast