Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad membentangkan Belanjawan Perak 2024 pada Mesyuarat Kelima, Tahun Pertama, Persidangan Dewan Undangan Negeri ke-15 Perak di Bangunan Perak Darul Ridzuan. Foto ABDULLAH YUSOF, 1 DISEMBER 2023.

IPOH – Kerajaan Negeri Perak mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) pada kadar dua bulan gaji kepada semua penjawat awam negeri.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, pemberian itu akan diterima termasuk Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (EXCO), Ex-Officio, semua guru lantikan negeri, Orang Besar Jajahan (OBJ) serta Pekerja Sambilan Harian.

Katanya ia sebagai penghargaan kerajaan negeri terhadap dedikasi penjawat awam Perak dalam memikul tugas dan amanah yang diberikan.

“Kerajaan negeri sentiasa menyanjung tinggi jasa dan komitmen penjawat awam sebagai tunjang dan tonggak kepada urusan pentadbiran kerajaan.

“Bayaran penuh BKK itu akan dibuat pada 20 Disember ini,” katanya dalam Pembentangan Belanjawan Perak 2024 sempena Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, di sini, pada Jumaat.

Selain itu, Saarani mengumumkan bayaran BKK turut dipanjangkan kepada semua ketua kampung bagi lantikan sebelum 15 Disember pada kadar RM400 seorang. -MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Belanjawan Perak 2024: RM188.1 juta untuk JKR, naik taraf jalan

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast