Foto: PVMBG

JAKARTA – Gunung Merapi yang terletak di sempadan Jawa Tengah dan Yogyakarta memuntahkan abu gunung berapi menyebabkan hujan abu di Boyolali dan Magelang pada Jumaat.

Letusan abu itu berlaku sebanyak dua kali iaitu pada pukul 7.27 malam dan 7.47 malam (waktu tempatan) yang mencecah sehingga 2,000 meter dari kawah gunung, menurut pusat pemantauan gunung berapi negara, PVMBG.

Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) melaporkan Desa Selo di Boyolali dan Desa Sawangan di Magelang turut terkesan akibat hujan abu itu.

Ketua Desa Klakah, Marwoto, yang mengesahkan kejadian itu memberi jaminan bahawa situasi adalah terkawal.

Sebagai langkah pencegahan, pihak berkuasa tempatan mengedarkan pelitup muka dan mengarahkan Village Alert Team siap sedia untuk diaktifkan dan menjalankan rondaan.

Gunung Merapi mula menunjukkan peningkatan aktiviti gunung berapi sejak 11 Mei 2018 dan berada dalam status berjaga-jaga sejak 5 November 2020. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast