Suspek simen mayat wanita dalam kolah mandi direman tujuh hari

Polis berjaya mendapatkan perintah reman seorang lelaki warga asing di Mahkamah Majistret Klang bagi membantu siasatan kes penemuan mayat wanita yang disimen dalam kolah mandi di bilik air sebuah rumah di Kampung Pendamar, Klang pada malam Ahad lalu.