Seramai 300 orang kakitangan MDEC hadir secara bersemuka dan atas talian di Majlis IBR dan Pelancaran Pelan Antirasuah Organisasi.

KUALA LUMPUR – Seramai 300 orang kakitangan Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) hari ini melafazkan ikrar memerangi rasuah dalam kalangan warga kerjanya.

Lafaz ikrar itu disaksikan Timbalan Pengarah, Bahagian Pendidikan Masyarakat, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Azmin Yusoff yang mewakili badan penguatkuasaan undang-undang itu.

Lafaz ikrar Bebas Rasuah itu dibacakan Ketua Pegawai Eksekutif MDEC, Mahadzir Aziz.

Lafaz ikrar berkenaan adalah bukti komitmen kepimpinan pengurusan tertinggi MDEC memerangi amalan tidak sihat itu.

Turut diadakan Pelancaran Pelan Antirasuah Organisasi (OACP).

“Objektif utama pelan ini dibangunkan adalah untuk menambah baik tatakelola tadbir urus pentadbiran MDEC sekali gus memperkasa usaha pencegahan rasuah di Malaysia,” kata SPRM menerusi kenyataan.

Pelan itu dilancarkan Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital, Teo Nie Ching.

Program tersebut turut melibatkan pameran daripada SPRM yang mempertontonkan video perkhidmatan dan bahan pameran berkaitan peranan dan fungsi SPRM dalam memberi pendidikan pencegahan rasuah kepada masyarakat secara meluas. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast