Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi melahirkan rasa kecewa dan marahnya berikutan ketiadaan elektrik di CIQ hari ini.

JOHOR BAHRU – Gangguan elektrik di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI), dekat Tambak Johor selama 12 jam menimbulkan rasa kecewa dan marah kepada Menteri Besar Johor.

Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, gangguan elektrik itu amat menyusahkan para pengguna.

Malah, gangguan itu memalukan Johor.

“Apa yang berlaku ini amat menyusahkan pengguna dan memalukan negeri.

“Pihak TNB dan JKR telah diarahkan untuk menyelesaikan isu ini pada kadar segera,” katanya.

Sebelum kejadian itu, Tenaga Nasional Berhad (TNB) melalui satu notis bertarik 27 November memaklumkan berlaku gangguan di PPU Gerbang Perdana, CIQ, Bangunan Sultan Iskandar, JB Sentral.

Menurut notis itu, gangguan berlaku pada hari Selasa, jam 8 malam hingga 4 pagi hari ini.

Gangguan disebabkan kerja-kerja penyelenggaraan. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast