Zayn Rayyan Abdul Matiin

KUALA LUMPUR – Orang ramai diminta membantu polis mengesan seorang kanak-kanak lelaki autisme berusia enam tahun yang dilaporkan hilang sejak tengah hari semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohd Fakhrudin Abdul Hamid berkata, kanak-kanak itu,  Zayn Rayyan Abdul Matiin kali terakhir berada di rumah beralamat Blok R, Apartment Idaman, Jalan PJU 10/1 Damansara Damai, Petaling Jaya pada 12 tengah hari.

Menurutnya, polis menerima laporan kehilangannya pada 6.36 petang semalam.

“Kali terakhir, kanak-kanak itu memakai baju kemeja-T putih berkolar berlencana SK Damansara Damai 2, berseluar sukan hitam dan kasut sekolah hitam,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau meminta orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai lokasi mangsa supaya tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di talian 03-79662222.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast