Foto: Malaysian Meteorological Department (Facebook).

KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa negeri hingga 6 petang, hari ini.

MetMalaysia dalam kenyataan dikeluarkan pada jam 2.30 petang memaklumkan, negeri yang terlibat ialah Perak meliputi Kinta, Kampar, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim serta Pahang (Bentong dan Bera).

Selain itu, Melaka, Selangor (Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat),  Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan (Jelebu, Kuala Pilah, Rembau, Jempol dan Tampin).

Di Johor pula merangkumi Tangkak, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai dan Johor Bahru.

Katanya, di Sabah membabitkan kawasan Pedalaman (Sipitang, Beaufort dan Tambunan) dan Pantai Barat (Ranau).

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” ujarnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast