Kawasan perumahan awam yang musnah di Palestin

ISTANBUL – Israel tidak melancarkan perang terhadap Hamas tetapi terhadap rakyat Palestin dan apa sahaja yang berlaku di Gaza adalah pembunuhan beramai-ramai, dan jenayah perang terhadap kemanusiaan.

Mahmoud al-Habash, Hakim tertinggi Syariah Palestin dan Penasihat Hal Ehwal Agama kepada Presiden Mahmoud Abbas berkata, Israel berbohong jika menyatakan ia sedang berperang dengan Hamas.

“Perang Israel bukan menentang Hamas. Ini satu pembohongan. Ini adalah perang melawan rakyat Palestin,” tegas ketika bercakap pada Sidang Kemuncak Eropah untuk Palestin yang dianjurkan oleh Forum Muslim Eropah di sini.

Penceramah pada majlis itu menyebut perang Israel ke atas Gaza sebagai pembunuhan beramai-ramai dan menuntut gencatan senjata kekal dan menamatkan bencana kemanusiaan.

“Apa sahaja yang berlaku di Palestin adalah pembunuhan beramai-ramai, jenayah perang terhadap kemanusiaan,” kata Habash, sambil menambah selain Gaza, rakyat Palestin juga dibunuh di Tebing Barat dan Baitulmaqdis.

“Memusnahkan masjid, sekolah, gereja adalah jenayah perang sepenuhnya,” tambah beliau.

Membidas masyarakat antarabangsa kerana menjadi penonton senyap kepada ‘pembunuhan beramai-ramai’ yang dilakukan, hakim itu berkata: “Masyarakat antarabangsa hanya duduk dan menonton”.

Menggelar Perdana Menteri Israel sebagai pembunuh, beliau berkata Amerika Syarikat sebagai penyokong terbesar Israel bertanggungjawab atas pertumpahan darah itu.

Beliau berkata, Israel membunuh orang secara tersusun dan sistematik dengan menyasarkan hospital di Gaza dan kem pelarian.

Beliau mengakhiri ucapannya dengan laungan “Hidup Palestin,” dan “Hidup kebebasan Palestin.”

Majlis itu turut disertai oleh ahli akademik, ahli politik, ulama, dan cendekiawan agama Islam, Kristian, dan Yahudi dari pelbagai negara mengambil bahagian dalam acara itu. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast