KUALA LUMPUR – Kementerian Luar Negeri melalui Konsulat Jeneral Malaysia di Medan mengesahkan setakat ini tiada rakyat Malaysia yang dilaporkan terlibat dalam kejadian letupan Gunung Merapi di Wilayah Sumatera Barat, Republik Indonesia.
Pada 3 Disember 2023, Gunung Merapi telah meletus dan hujan abu tebal tersebar sejauh kira-kira radius tiga kilometer serta mengakibatkan kehilangan nyawa dan kerosakan harta benda di kawasan berhampiran.
Malaysia merakamkan ucapan takziah dan simpati kepada Kerajaan Indonesia serta keluarga mangsa yang terlibat dalam kejadian ini, katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Sekiranya mana-mana rakyat Malaysia memerlukan bantuan konsular atau mempunyai sebarang pertanyaan lanjut bolehlah menghubungi Konsulat Jeneral Malaysia di Medan seperti maklumat di bawah:
Konsulat Jeneral Malaysia di Medan
Alamat : Jalan P. Diponegoro No. 43, Medan 20152
Sumatera Utara, Republik Indonesia
No. Telefon : +62 61 4531342
+62 61 4523992
Emel : [email protected] – MalaysiaGazette