Saifuddin Nasution Ismail.

KUALA LUMPUR – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail membidas kritikan diterimanya ekoran kenyataannya tentang penguasaan Bahasa Malaysia (BM) dan mengaitkannya permohonan pasport perjalanan di Imigresen membabitkan insiden di Johor Bahru yang tular di media sosial.

Dalam status terkini di media sosial platform X, beliau membidas seorang netizen yang dipercayai peguam, Michelle Yesudas.

Saifuddin menyatakan beliau tidak pernah berkata rakyat Malaysia wajib perlu menguasai hikayat sastera dan sebagainya.

“Bahasa Melayu ini Bahasa Kebangsaan. Rakyat Malaysia kena faham perkara asas ini. Tak perlu sampai baca semua hikayat untuk kita berinteraksi dalam Bahasa Melayu.

“YAB PMX (Datuk Seri Anwar Ibrahim) pun mewajibkan penggunaan Bahasa Melayu dalam surat menyurat yang melibatkan kerajaan. Tiada kompromi,” ciapnya.

Beliau berkata demikian selepas peguam itu dalam ciapannya berkongsi status teks sebagai membidas kenyataan awal Saifuddin dan berbunyi; “If Saifuddin wants to make BM mandatory for all passport holders, he has to prove his BM is sasterawan, karyawan negara level (national laureate level). Have to know full tatabahasa, habis baca semua hikayat, panji-panji boleh bagi bukti ya oh and maybe not lose elections”.

Sebelum itu, seorang Senator Dewan Negara, Ti Lian Ker  mendakwa kononnya kelakuan pegawai imigresen dalam layanan terhadap permohon memperbaharui pasport hanya kerana tidak berupaya bertutur dalam Bahasa Malaysia tidak boleh diterima.

Katanya, terdapat pelbagai kaedah lain untuik menguruskan sebarang syak wasangka mengenai kewarganegaraan, kata pemimpin MCA itu.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast