Barisan pimpinan Exco Kerajaan Negeri Pahang menunjukan Buku Belajawan Pahang 2024 yang dibentangkan oleh Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail pada Selasa lalu

KUANTAN – Komuniti Orang Kurang Upaya (OKU) di Pahang tidak pernah tercicir daripada Belanjawan Pahang 2024 yang bertemakan ‘Pahang Prihatin Rakyat Makmur’.

Penyelia Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Kompleks Penyayang Kuantan, Zahariah Azahar berkata, para petugas yang menjaga anak istimewa di PPDK itu tidak ketinggalan menerima manfaat daripada peruntukan yang disediakan kerajaan negeri.

Zahariah Azahar

”Pelatih PDK di negeri ini juga dapat di dalam peruntukkan RM300,000 yang diumumkan, memang bersyukur dan rezeki anak.

”Tahun ini semua petugas dapat sumbangan kerajaan negeri sebanyak RM250 seorang menerusi Bantuan Prihatin Pahang (BPP), alhamdulillah tahun 2024 dapat seganda.

”Tiada apa boleh digambarkan bila kerajaan negeri memberi RM500 kepada kami yang hanya mendapat elaun setiap bulan, besar sangat pemberian ini,” katanya kepada MalaysiaGazette.

Hampir 300 petugas PDK di Pahang akan menikmati pemberian RM500 seorang secara terus pada Belanjawan Pahang 2024.

Selain itu, belanjawan tersebut turut memperuntukan RM250,000 bagi Hari Kebajikan untuk sambutan Hari OKU, Hari Kanak-kanak dan Hari Warga Emas menerusi peruntukkan RM500,000 bagi pelaksanaan penanda aras premis mesra OKU di Pahang.

Sementara itu, peorang anak berstatus OKU, Dr Haliza Hassan menyifatkan pemberian kepada golongan itu terutama kepada pelatih PDK ini sentiasa diharapkan oleh ibu bapa.

Dr. Haliza Hassan

Katanya, kerajaan negeri dicadangkan untuk menyediakan latihan kepada petugas secara berterusan mengikut keperluan PDK masing-masing pada masa akan datang.

Beliau turut mencadangkan agar kerajaan negeri menambah elaun pelatih berikutan kos hidup semakin tinggi terutamanya kepada anak OKU yang menggunakan lampin pakai buang dan susu khas. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast