Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Seramai enam lelaki termasuk seorang pemerhati politik direman dua hari sehingga esok selepas disyaki terlibat dalam pergaduhan di sebuah restoran di Taman Midah, Cheras semalam.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin berkata, hasil siasatan mendapati pergaduhan berpunca daripada satu hantaran di media sosial.

Sehingga kini polis masih menyiasat insiden yang dilaporkan berlaku di sebuah restoran tersebut.

“Suspek berusia di antara 30 hingga 40-an. Punca pergaduhan adalah tidak puas hati berkaitan posting dalam media sosial,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, pemerhati politik yang juga penyelidik itu antara enam ditahan polis pukul 9 malam tadi.

Dilaporkan, keenam-enam lelaki yang datang secara tiba-tiba bertindak membaling kerusi  ke arah pengadu dan rakan-rakannya di restoran tersebut.

Kejadian dikatakan berlaku pada 4 pagi.

Kes disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan.-MalaysiaGazette