KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di tujuh negeri hingga 5 petang ini.
MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan, negeri yang terbabit ialah Terengganu (Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang dan Dungun), Pahang (Maran, Bera, Pekan dan Rompin) serta Negeri Sembilan (Seremban, Port Dickson, Rembau dan Jempol).
Selain itu, Melaka (Alor Gajah dan Melaka Tengah) dan Johor (Segamat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru).
Sarawak pula di Kuching, Serian, Samarahan (Samarahan dan Asajaya), Betong (Saratok dan Kabong), Sarikei, Sibu (Selangau), Mukah (Tanjung Manis, Daro dan Mukah) dan Bintulu (Tatau) manakala di Sabah membabitkan Tawau (Lahad Datu).
Katanya, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – MalaysiaGazette