Keadaan padang stadium sebelum bermulanya Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2023 diantara Johor Darul Ta’zim (JDT) menentang Terengganu FC di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Foto WAN NABIL NASIR, 08 DISEMBER 2023.

KUALA LUMPUR – Terengganu FC (TFC) terpaksa melupakan khidmat pemain pertahanan yang semakin meningkat naik, Ubaidullah Shamsul Fazili kerana terpaksa berehat antara sebulan hingga dua bulan.

Penganalisis bola sepak, Cafq Sahari di laman sosial mendedahkan, Ubaidullah perlu berehat sekitar sebulan hingga dua bulan selepas mengalami kecederaan ligamen krusiat anterior (ACL) semasa aksi final Piala Malaysia 2023 Jumaat lalu.

Bagaimanapun pemain berusia 20 tahun itu bernasib baik kecederaan ACL yang dialaminya tidak memerlukan beliau menjalani pembedahan.

Kecederaan tersebut dialami ekoran keadaan padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) yang kurang memuaskan.

Keadaan padang itu terjadi akibat penganjuran konsert kumpulan rock antarabangsa, Coldplay pada akhir November lalu.

Situasi ini bukan saja mengundang kritikan peminat bola sepak negara. Malah, ia turut mengundang rasa kurang senang pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Ubaidullah Shamsul Fazili. Foto Facebook TFC.

Jika tidak,  ia boleh menyebabkan Ubaidillah terlepas peluang mewakili negara ke Piala Asia Bawah 23 Tahun (B-23) pada tahun depan.

Malah, situasi itu boleh merencatkan perancangan pengendali AGC, Tomislav Steinbruckner untuk membentuk barisan yang mantap bila bertemu dengan Bali United untuk aksi terakhir Kumpulan G Piala AFC pada 13 Disember ini.

Ubaidullah bukan satu-satunya pemain yang dilaporkan mengalami kecederaan akibat keadaan padang SNBJ yang teruk itu.

Duo JDT, Corbin Ong dan Shane Lowry turut mengalami kecederaan dalam perlawanan sama.

Kedua-duanya digantikan dengan Syahmi Safari dan Feroz Baharudin.

JDT meraih gelaran juara Piala Malaysia 2023 dengan membenam Terengganu 3-1. – MalaysiaGazette