Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Siputeh, Kedah Mohd Ashraf Mustaqim Badrul Munir, 37, .

KANGAR – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Siputeh, Kedah Mohd Ashraf Mustaqim Badrul Munir, 37, terlibat dalam kemalangan membabitkan sebuah lori di Jalan Padang Chempa menghala ke Changlun dekat Arau malam tadi.

Ketua Polis Daerah Arau Supt Abdul Mohsin Md Rodi berkata Mohd Ashraf Mustaqim bagaimanapun hanya mengalami luka ringan pada bahagian mulut dalam kejadian kira-kira 9.05 malam itu dan mendapatkan rawatan di sebuah hospital swasta di sini.

Abdul Mohsin berkata insiden itu dipercayai berlaku apabila kereta Perodua dipandu ADUN itu tidak sempat mengelak lori berkenaan yang diparkir di kaki lima jalan dalam keadaan melintang dan melanggar kenderaan tersebut.

“Akibat daripada kereta ini telah terlanggar bahagian sisi kiri belakang lori tersebut, kereta ini telah terbabas masuk ke dalam longkang denai di kaki lima jalan sebelah kiri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata pemandu lori berusia 66 tahun tidak mengalami kecederaan.

— BERNAMA