Nor Azam Azih (kiri). Foto Facebook Sri Pahang FC.

KUALA LUMPUR – Pemain tengah Sri Pahang FC, Nor Azam Azih menimbulkan spekulasi bahawa dia bakal meninggalkan kelab Pantai Timur itu selepas lapan tahun menabur bakti.

Ini kerana Azam mula menurunkan hantaran berkaitan pasukan itu di laman Instagram peribadinya.

Musim sebelum ini, pemain kelahiran Maran itu sering dikaitkan dengan beberapa kelab Liga Super yang cuba mendapatkan khidmatnya, termasuk Johor Darul Takzim (JDT) dan Selangor FC.

Sepanjang bersama skuad Tok Gajah, kedudukan Azam dalam kesebelasan utama sukar digugat dengan dia kini sudah mencatatkan lebih 200 penampilan. – MalaysiaGazette