Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa negeri hingga 5 petang ini.

MetMalaysia dalam kenyataan dikeluarkan menyatakan negeri terbabit ialah Perlis, Kedah (Kubang Pasu, Padang Terap, Sik dan Baling), Perak (Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim), Pahang (Tanah Tinggi Cameron) dan Selangor (Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat).

Selain itu, Wilayah Persekutuan (WP) Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Melaka serta Johor turut dijangka situasi yang sama.

Di Sarawak pula, ia merangkumi Sri Aman, Betong, Sarikei (Pakan, Sarikei dan Meradong), Sibu (Sibu dan Selangau) dan Mukah manakala Sabah meliputi Pantai Barat (Ranau dan Kota Belud), Tawau (Lahad Datu) dan Sandakan.

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast