Isham akar umbi
Isham Jalil

KUALA LUMPUR – Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Isham Jalil mendakwa segala masalah yang dihadapi UMNO ketika ini berpunca daripada kesilapan pemimpinnya yang membawa parti itu keluar dari landasan perjuangan asalnya.

Menurut beliau, orang Melayu dan akar umbi UMNO melihat dasar perjuangan parti kini tidak sinonim dengan matlamat asal penubuhannya.

Isham berkata, keadaan itu termasuk kerjasama dengan DAP pada enam pilihan raya negeri (PRN) menyebabkan mereka semakin menjauhkan diri daripada UMNO.

“UMNO tak salah, akar umbi UMNO tak salah, yang salah pemimpin yang bawa perjuangan tu keluar dari landasan, itu yang jadi masalah.

“Sebab itu ada jurang saya nampak antara kemahuan akar umbi umno dengan kemahuan pemimpin tertinggi UMNO iaitu Presiden,” katanya seperti dipetik daripada wawancara yang disiarkan Pertiwi TV malam tadi.

Berhubung pemecatannya daripada parti, Isham memberitahu, beliau tidak terkilan kerana teguran yang diberikannya selama ini adalah demi kelangsungan parti.

Beliau menambah, niatnya adalah untuk tidak melihat UMNO yang diwarisi daripada generasi terdahulu dihancurkan oleh individu yang didakwa ingin membawanya ke arah kemudaratan.

“Pada saya sebagai pemimpin, kita tak boleh bawa orang yang kita pimpin ke arah kemudaratan,” jelasnya.

Mengulas mengenai rombakan Kabinet Kerajaan Perpaduan, Isham melihat seperti ‘ada yang tidak kena’ lebih-lebih lagi yang melibatkan menteri dan timbalan menteri dari UMNO.

Beliau turut mempersoalkan tentang ketiadaan wakil UMNO dalam Kementerian Kewangan setelah Datuk Seri Ahmad Maslan bertukar portfolio sebagai Timbalan Menteri Kerja Raya.

“Portfolio yang dipegang dari segi nombor bertambah tetapi dari segi peri pentingnya tugas-tugas di Kabinet itu saya nampak macam ada yang tak kena,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Kamu kena sedar bahawa keadaan UMNO slps PRU. Cuma ada 2 pilihan sahaja..bersama PH atau bersama PN? Kalau bersama PN bermakna kamu menyokong ikrar Muhyidin dan Mahathir untuk kuburkan UMNO. Apakah itu yg kamu mahukan? Yg kedua, UMNO bekerjasama dgn PH bukan dgn DAP. Sebab tu UMNO dan BN berasingan dari PH..yg ni simple pun kamu tak faham kaaa??? Dan yg ketiga..alasan DAP ada dlm PH..bagaimana dgn GERAKAN dlm PN?? Tak ada beza antara DAP dgn GERAKAN yer..UMNO jd lemah bukan sebab bekerjasama dgn DAP..tetapi kerana manusia seperti kamu…PAS pun banyak kali bekerjasama dgn DAP..Apakah ketika itu PAS kalah? TIDAK! Pas kekal kuat walaupun bekerjasama dgn DAP sbb ahli- ahli PAS tidak seperti kamu…

Comments are closed.